Berbual-buallah kamu di rumah salah seorang daripada kamu apa sahaja yang kamu fikirkan

TEKS BAHASA ARAB

تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن، حتى إذا أردتن النوم، فلتؤب كل امرأة إلى بيتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbual-buallah kamu di rumah salah seorang daripada kamu apa sahaja yang kamu fikirkan. Namun sebaik sahaja kamu ingin tidur, hendaklah setiap wanita itu pulang semula ke rumahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 224, hadis nombor 1188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) قال مجاهد: استشهد رجال يوم أحد، فآم نساؤهم، وكن متجاورات في دار، فجئن النبي – صلى الله عليه وسلم – فقلن: إنا نستوحش يا رسول الله! بالليل، فنبيت عند إحدانا، حتى إذا أصبحنا تبددنا [إلى] بيوتنا. فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن، حتى إذا أردتن النوم، فلتؤب كل امرأة إلى بيتها)). [عب، ((الضعيفة)) (5597)]

(Lemah)
Mujahid berkata: Ramai lelaki yang telah mati syahid dalam peperangan Uhud. Lalu isteri-isteri mereka menjadi balu dan rumah-rumah mereka itu berhampiran. Kemudian mereka datang berjumpa dengan Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya kami berasa takut, wahai Rasulullah, pada waktu malam. Lalu kami pun beramai-ramai akan tidur di rumah salah seorang daripada kami. Sehinggalah sampai waktu pagi, baru kami pulang semula ke rumah-rumah kami. Maka Nabi SAW bersabda: ‘Berbual-buallah kamu di rumah salah seorang daripada kamu apa sahaja yang kamu fikirkan. Namun sebaik sahaja kamu ingin tidur, hendaklah setiap wanita itu pulang semula ke rumahnya.’
[Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam Musannaf beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5597]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs