TEKS BAHASA ARAB
تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن، حتى إذا أردتن النوم، فلتؤب كل امرأة إلى بيتها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berboraklah kalian apa sahaja kalian lihat, sehinggalah apabila kalian mahu tidur, maka pulanglah ke rumah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 954, hadis nombor 4922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن مجاهد قال، استشهد رجال يوم أحد، فام نساؤهم، وكن متجاورات في دار، فجئن النبي – صلى الله عليه وسلم – فقلن: إنا نستوحش يا رسول الله! بالليل، فنبيت عند إحدانا، حتى إذا أصبحنا تبددنا [إلى] بيوتنا. فقال النبي – ﷺ-: تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن، حتى إذا أردتن النوم، فلتؤب كل امرأة إلى بيتها.
[عب، ((الضعيفة))(5597)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Mujahid telah berkata: Ramai pemuda yang telah gugur di medan Uhud, maka terkehadapan wanita-wanita mereka, dan mereka tinggal berhampiran antara satu sama lain. Kemudian mereka didatangi Nabi SAW lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami ini menjadi buas wahai Rasulullah. Ketika waktu malam, kami tidur di rumah salah seorang antara kami sehinggalah waktu subuh, kami berpisah, pulang ke rumah kami. Lalu baginda SAW bersabda: Berboraklah kalian apa sahaja kalian lihat, sehinggalah apabila kalian mahu tidur, maka pulanglah ke rumah.
[Riwayat Abdul Razaak dalam Al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5597].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.