Berbincanglah dengan para lelaki dan bercanggahlah dengan para wanita

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شاوروهم وخالفوهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbincanglah dengan para lelaki dan bercanggahlah dengan para wanita.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمَقَاصِد «شَاوِرُوهُمْ وَخَالِفُوهُنَّ» لَمْ أَرَهْ مَرْفُوعًا وَلَكِن رُوِيَ عَن عمر «خَالِفُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ فِي خِلافِهِمُ الْبركَة».

Dalam kitab Al-Maqasid menyebut:
“Berbincanglah dengan para lelaki dan bercanggahlah dengan para wanita.”
Saya berpandangan ia bukan hadith marfu’ akan tetapi ia diambil dari ucapan Umar:
“Bercanggahlah dengan para wanita. Sesungguhnya bercanggah dengan mereka adalah satu keberkatan.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.