Berbicaralah dengan orang yang ditimpa penyakit kusta

TEKS BAHASA ARAB

كلم المجذوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbicaralah dengan orang yang ditimpa penyakit kusta (dalam keadaan) antara kamu dan dia mempunyai jarak sebatang lembing atau dua batang lembing

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis nombor 5921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن أبي أوفى – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كلم المجذوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين)). [عد، ((الضعيفة)) (1960)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Abi ‘Aufa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbicaralah dengan orang yang ditimpa penyakit kusta (dalam keadaan) antara kamu dan dia mempunyai jarak sebatang lembing atau dua batang lembing. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1960]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs