Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَلِّمِ المَجْذُومَ وبَينَك وبينَه قِيدُ رُمْحٍ أوْ رُمْحَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Berbicaralah dengan orang yang ditimpa penyakit kusta (dalam keadaan) antara kamu dan dia mempunyai jarak sebatang lembing atau dua batang lembing
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Abi ‘Aufa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis no. 5921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن أبي أوفى - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كلم المجذوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين)). [عد، ((الضعيفة)) (1960)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Abi ‘Aufa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbicaralah dengan orang yang ditimpa penyakit kusta (dalam keadaan) antara kamu dan dia mempunyai jarak sebatang lembing atau dua batang lembing. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1960]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman