Berbicara terhadap satu kaum dengan suatu perbicaraan yang tidak dapat dicapai oleh akal mereka

TEKS BAHASA ARAB

ما أنت محدث قوما حديثا لا تبلغه عقولهم؛ إلا كان على بعضهم فتنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah kamu berbicara terhadap satu kaum dengan suatu perbicaraan yang tidak dapat dicapai oleh akal mereka, melainkan perbicaraan itu menimbulkan fitnah terhadap sebahagian mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1275, hadis nombor 6529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ما أنت محدث قوما حديثا لا تبلغه عقولهم؛ إلا كان على بعضهم فتنة.
[الخولاني في ((تاريخ داريا))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4427)]

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah kamu berbicara terhadap satu kaum dengan suatu perbicaraan yang tidak dapat dicapai oleh akal mereka, melainkan perbicaraan itu menimbulkan fitnah terhadap sebahagian mereka.
[Riwayat al-Khulaniy dalam Tarikh Dariya, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4427]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs