Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أَحَبَّ أحدُكم أن يُحَدِّثَ ربَّه عز وجل فلْيَقْرَأْ.
Teks Bahasa Melayu
Jika seseorang kamu mahu berbicara dengan Tuhannya 'azza wa jalla, maka bacalah al-Qur'an.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1424, hadis no. 7228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أحب أحدكم أن يحدث ربه عز وجل فليقرأ. [خط، فر، ((الضعيفة)) (1842)]
(Sangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Jika seseorang kamu mahu berbicara dengan Tuhannya 'azza wa jalla, maka bacalah al-Qur'an. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1842]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman