TEKS BAHASA ARAB
حديث: خالفوا اليهود فلا تصمموا، فإن تصميم العمائم من زي اليهود.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Berbezalah dengan orang Yahudi; janganlah kamu memakai serban tanpa ekor, kerana memakai serban tanpa ekor itu merupakan identiti Yahudi.
STATUS
Tidak Ada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 77, hadis nombor 184. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له على ما ذكره السيوطي، قاله علي قاري.
Tiada asalnya seperti yang disebutkan oleh al-Suyuthi, ‘Ali Qari juga menyebutkannya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.