Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَالِفُوا الْيَهُودَ فَلا تُصَمِّمُوا، فَإِنَّ تَصْمِيمَ الْعَمَائِمِ مِنْ زِيِّ الْيَهُودِ.
Teks Bahasa Melayu
Berbezalah dengan orang yahudi maka janganlah kamu memakai serban tanpa ekor, kerana memakai serban tanpa ekor itu merupakan identiti yahudi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 98, hadis no. 120. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له على ما ذكره السيوطي.
Tiada asalnya seperti yang disebutkan oleh al-Suyuti.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman