Berbelanja untuk menunaikan haji seperti berbelanja di jalan Allah. Satu dirham bersamaan tujuh ratus dirham

TEKS BAHASA ARAB

النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله الدرهم بسبع مئة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbelanja untuk menunaikan haji seperti berbelanja di jalan Allah.Satu dirham bersamaan tujuh ratus dirham.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 997, hadis nombor 5141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن بريدة عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، الدرهم بسبع مئة. [تخ، حم، ابن الأعرابي، طس، مشرق في حديثه، هق، هب، ابن عساكر في أربعين الجهاد، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، الضعيفة (3530)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya. Beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbelanja untuk menunaikan haji seperti berbelanja di jalan Allah.Satu dirham bersamaan tujuh ratus dirham. [Riwayat al-Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, Musnad Ahmad, Ibn al-A’rabi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Musyriq dalam hadisnya, al-Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, Ibn Asakir dalam Arba’in al-Jihad, dan al-Dhi’a dalam al-Muntaqa min Masmu’at Marw. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3530]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs