Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله الدرهم بسبع مئة.
Teks Bahasa Melayu
Berbelanja untuk menunaikan haji seperti berbelanja di jalan Allah.Satu dirham bersamaan tujuh ratus dirham.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 997, hadis no. 5141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن بريدة عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، الدرهم بسبع مئة. [تخ، حم، ابن الأعرابي، طس، مشرق في حديثه، هق، هب، ابن عساكر في أربعين الجهاد، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، الضعيفة (3530)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya. Beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbelanja untuk menunaikan haji seperti berbelanja di jalan Allah.Satu dirham bersamaan tujuh ratus dirham. [Riwayat al-Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, Musnad Ahmad, Ibn al-A’rabi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Musyriq dalam hadisnya, al-Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, Ibn Asakir dalam Arba’in al-Jihad, dan al-Dhi’a dalam al-Muntaqa min Masmu’at Marw. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3530]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman