Berbekamlah pada hari ke-15, atau hari ke-17, atau hari ke-19 atau hari ke-21

TEKS BAHASA ARAB

احتجموا لخمس عشرة، أو لسبع عشرة، أو تسع عشرة، أو إحدى وعشرين، لا يتبيغ بكم الدم فيقتلكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbekamlah pada hari ke-15, atau hari ke-17, atau hari ke-19 atau hari ke-21, (agar) darah kalian tidak melimpah berlebihan lalu (hal itu) boleh membunuh kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1170, hadis nombor 5915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((احتجموا لخمس عشرة، أو لسبع عشرة، أو تسع عشرة، أو إحدى وعشرين، لا يتبيغ بكم الدم فيقتلكم)).[ابن جرير في ((تهذيب الأثار))، البزار، طب، الجرجاني، ((الضعيفة)) (1863)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbekamlah pada hari ke-15, atau hari ke-17, atau hari ke-19 atau hari ke-21, (agar) darah kalian tidak melimpah berlebihan lalu (hal itu) boleh membunuh kalian. [Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1863].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs