Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
احْتَجِموا لِخَمْسَ عشرةَ، أوْ لسبعَ عشرةَ، أوْ تسعَ عشرةَ، أوْ إحدى وعشرينَ، لا يَتَبيَّغُ بِكُمُ الدَّمُ فيَقْتُلَكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Berbekamlah pada hari ke-15, atau hari ke-17, atau hari ke-19 atau hari ke-21, (agar) darah kalian tidak melimpah berlebihan lalu (hal itu) boleh membunuh kalian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1170, hadis no. 5915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((احتجموا لخمس عشرة، أو لسبع عشرة، أو تسع عشرة، أو إحدى وعشرين، لا يتبيغ بكم الدم فيقتلكم)).[ابن جرير في ((تهذيب الأثار))، البزار، طب، الجرجاني، ((الضعيفة)) (1863)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbekamlah pada hari ke-15, atau hari ke-17, atau hari ke-19 atau hari ke-21, (agar) darah kalian tidak melimpah berlebihan lalu (hal itu) boleh membunuh kalian. [Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1863].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman