Batil

30/06/2024

minit bacaan



Berbekamlah pada hari Ahad kerana ia menyebabkan penyakit keluar dan ubat pula masuk

Teks Bahasa Arab

ادعُ لي حَجَّامًا، ولا تدعُهُ شيخًا ولا صبيًّا، وقال: احتجموا باسمِ اللهِ على الرِّيقِ؛ فإنهُ يزيدُ الحافظَ حفظًا، ولا تحتجموا يومَ السبتِ؛ فإنهُ يُدخلُ الداءَ ويُخرجُ الشفاءَ، واحتجموا يومَ الأحدِ؛ فإنهُ يُخرجُ الداءَ ويُدخلُ الشفاءَ، ولا تحتجموا يومَ الاثنينِ؛ فإنهُ يومَ فُجِعْتُمْ فيهِ بنبيِّكم صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ، واحتجموا يومَ الثلاثاءِ؛ فإنهُ يومُ دمٍ، وفيهِ قَتَلَ ابنُ آدمَ أخاهُ، ولا تحتجموا يومَ الأربعاءِ؛ فإنهُ يومُ نَحْسٍ، وفيهِ سالَ عيونُ الصبرِ(!)، وفيهِ أُنزلتْ سورةُ الحديدِ، واحتجموا يومَ الخميسِ؛ فإنهُ يومٌ أنيسٌ، وفيهِ رُفِعَ إدريسُ، وفيهِ لُعِنَ إبليسُ، وفيهِ ردَّ اللهُ على يعقوبَ بصرَهُ، وردَّ عليهِ يوسفَ، ولا تحتجموا يومَ الجمعةِ؛ فإنَّ فيها ساعةً لو وافتْ أمةَ محمدٍ، لماتوا جميعًا.

Teks Bahasa Melayu

Panggilkanlah aku seorang tukang bekam dan janganlah memanggil yang tua atau kanak-kanak dan dia berkata: Berbekamlah dengan nama Allah sebelum makan pagi (di waktu perut kosong). Ini kerana ia dapat menambahkan hafalan bagi penghafal. Dan janganlah berbekam pada hari Sabtu kerana pada waktu itu penyakit masuk dan ubat pula keluar. Berbekamlah pada hari Ahad kerana ia menyebabkan penyakit keluar dan ubat pula masuk. Janganlah berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya ia merupakan hari kamu menyakiti padanya Nabi kamu. Berbekamlah pada hari Selasa kerana sesungguhnya ia merupakan hari darah dan pada hari tersebut, padanya anak Adam membunuh saudaranya. Janganlah berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya ia merupakan hari yang malang dan padanya merupakan hari berairnya mata kesabaran. Padanya juga diturunkan surah al-Hadid. Berbekamlah pada hari Khamis kerana sesungguhnya ia merupakan hari yang baik, pada hari tersebut Idris diangkat dan Allah melaknat Iblis. Pada hari tersebut jugalah Allah mengembalikan penglihatan Ya’qub dan mengembalikan Yusuf padanya. Janganlah berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya hari Jumaat terdapat satu masa di mana kalau ia bertemu umat Muhammad, akan matilah semuanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1570, hadis no. 7949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن نافع مولى ابن عمر: أن عبدالله بن عمر أرسل رسولا فقال: ادع لي حجاما ولا تدعه شيخا ولا صبيا، وقال: احتجموا باسم الله على الريق؛ فإنه يزيد الحافظ حفظا، ولا تحتجموا يوم السبت؛ فإنه يدخل الداء ويخرج الشفاء، واحتجموا يوم الأحد، فإنه يخرج الداء ويدخل الشفاء، ولا تحتجموا يوم الاثنين؛ فإنه يوم فجعتم فيه بنبيكم صلى الله عليه وسلم، واحتجموا يوم الثلاثاء؛ فإنه يوم دم، وفيه قتل ابن آدم أخاه، ولا تحتجموا يوم الأربعاء؛ فإنه يوم نحس، وفيه سال عيون الصبر(!)، وفيه أنزلت سورة الحديد، واحتجموا يوم الخميس؛ فإنه يوم أنيس، وفيه رفع إدريس؛ وفيه لعن إبليس، وفيه رد الله على يعقوب بصره، ورد عليه يوسف، ولا تحتجموا يوم الجمعة؛ فإن فيها ساعة لو وافت أمة محمد؛ لماتوا جميعا. [أبو نعيم في ((الطب النبوي))، ابن حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6780)].

(Batil) Daripada Nafi’ Mawla Ibn Umar bahawa Abdullah Bin Umar menghantar seorang utusan lalu dia berkata: Panggilkanlah aku seorang tukang bekam dan janganlah memanggil yang tua atau kanak-kanak dan dia berkata: Berbekamlah dengan nama Allah sebelum makan pagi (di waktu perut kosong). Ini kerana ia dapat menambahkan hafalan bagi penghafal. Dan janganlah berbekam pada hari Sabtu kerana pada waktu itu penyakit masuk dan ubat pula keluar. Berbekamlah pada hari Ahad kerana ia menyebabkan penyakit keluar dan ubat pula masuk. Janganlah berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya ia merupakan hari kamu menyakiti padanya Nabi kamu. Berbekamlah pada hari Selasa kerana sesungguhnya ia merupakan hari darah dan pada hari tersebut, padanya anak Adam membunuh saudaranya. Janganlah berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya ia merupakan hari yang malang dan padanya merupakan hari berairnya mata kesabaran. Padanya juga diturunkan surah al-Hadid. Berbekamlah pada hari Khamis kerana sesungguhnya ia merupakan hari yang baik, pada hari tersebut Idris diangkat dan Allah melaknat Iblis. Pada hari tersebut jugalah Allah mengembalikan penglihatan Ya’qub dan mengembalikan Yusuf padanya. Janganlah berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya hari Jumaat terdapat satu masa di mana kalau ia bertemu umat Muhammad, akan matilah semuanya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb al-Nabawi dan Ibn Hatim dalam al-’Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6780]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.