Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
احتَجِمُوا بِاسْمِ اللهِ عَلَى الرِّيقِ؛ فإنَّهُ يَزِيدُ الحَافِظَ حِفظًا، وَلَا تَحتَجِمُوا يَومَ السَّبتِ؛ فَإِنَّهُ يُدخَلُ الدَّاءَ وَيُخرجُ الشِّفَاءَ، وَاحتَجِمُوا يَومَ الأَحَدِ، فَإِنَّهُ يُخرجُ الدَّاءَ وَيُدخَلُ الشِّفَاء، وَلَا تَحْتَجِمُوا يَومَ الاثْنَينِ؛ فَإِنَّهُ يَومٌ فُجِعْتُمْ فِيهِ بِنَبيِّكُم - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ -، وَاحتَجِمُوا يَومَ الثُلَاثَاءِ؛ فَإِنَّهُ يَومُ دمٍ، وَفِيهِ قَتَلَ ابنُ آدَمَ أَخَاهُ، وَلَا تَحتَجِمُوا يَومَ الأَرْبِعَاءِ؛ فَإِنَّهُ يَومُ نَحْسٍ، وَفِيهِ سالَ عيونُ الصّبرِ (!)، وَفِيهِ أُنزِلَتْ سُورَةُ الحَدِيدِ، وَاحتَجِمُوا يَومَ الخَمِيسِ؛ فَإِنَّهُ يَومٌ أنيسٌ، وَفِيهِ رُفِعَ إِدرِيسُ، وَفِيهِ لُعِنَ إِبلِيسُ، وَفِيهِ ردَّ اللهُ عَلَى يَعقُوبَ بصرَهُ، وَردَّ عَلَيهِ يُوسُفَ، وَلَا تَحتَجِمُوا يَومَ الجُمعَةِ، فَإِنَّ فِيهَا سَاعَةً لَو وَافَتْ أُمّةَ مُحَمَّدٍ، لمَاتوا جَمِيعًا.
Teks Bahasa Melayu
Berbekamlah kalian dengan nama Allah sebelum makan pagi, kerana sesungguhnya perbuatan tersebut akan meningkatkan buat para penghafaz akan hafazan mereka. Janganlah kalian berbekam pada hari Sabtu, kerana sesungguhnya ia (bekam pada hari itu) akan memasukkan penyakit dan mengeluarkan penawar. Berbekamlah pada hari Ahad kerana sesungguhnya ia akan mengeluarkan penyakit dan memasukkan penawar. Janganlah kalian berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya ia hari yang kalian merasa sedih dengan (kewafatan) Nabi kalian. Hendaklah kalian berbekam pada hari Selasa, kerana sesungguhnya ia merupakan hari darah, pada hari tersebut, anak Adam telah membunuh saudaranya. Janganlah kalian berbekam pada hari Rabu, kerana sesungguhnya hari tersebut merupakan hari kesialan, pada hari itu, telah mengalir mata air-mata air kesabaran, dan padanya juga telah diturunkan surah al-Hadid. Hendaklah kalian berbekam pada hari Khamis, kerana sesungguhnya hari tersebut merupakan hari yang mesra, pada hari itu diangkat Nabi Idris, dan padanya juga Iblis dilaknat, serta padanya juga Allah mengembalikan penglihatan Nabi Ya'kub AS dan mengembalikan Yusuf AS kepadanya. Janganlah kalian berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya dalam hari itu, ada satu detik sekiranya umat Nabi Muhammad SAW menepati waktu tersebut, nescaya mereka semua akan mati.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis no. 6009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Abdullah bin Umar Sesungguhnya dia telah menghantar seorang utusan lalu berkata: "Panggilkan untukku seorang tukang bekam, jangan kamu panggilnya seorang yang tua mahupun kanak-kanak", dan dia berpesan: "Berbekamlah kalian dengan nama Allah sebelum makan pagi, kerana sesungguhnya perbuatan tersebut akan meningkatkan buat para penghafaz akan hafazan mereka. Janganlah kalian berbekam pada hari Sabtu, kerana sesungguhnya ia (bekam pada hari itu) akan memasukkan penyakit dan mengeluarkan penawar. Berbekamlah pada hari Ahad kerana sesungguhnya ia akan mengeluarkan penyakit dan memasukkan penawar. Janganlah kalian berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya ia hari yang kalian merasa sedih dengan (kewafatan) Nabi kalian. Hendaklah kalian berbekam pada hari Selasa, kerana sesungguhnya ia merupakan hari darah, pada hari tersebut, anak Adam telah membunuh saudaranya. Janganlah kalian berbekam pada hari Rabu, kerana sesungguhnya hari tersebut merupakan hari kesialan, pada hari itu, telah mengalir mata air-mata air kesabaran, dan padanya juga telah diturunkan surah al-Hadid. Hendaklah kalian berbekam pada hari Khamis, kerana sesungguhnya hari tersebut merupakan hari yang mesra, pada hari itu diangkat Nabi Idris, dan padanya juga Iblis dilaknat, serta padanya juga Allah mengembalikan penglihatan Nabi Ya'kub AS dan mengembalikan Yusuf AS kepadanya. Janganlah kalian berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya dalam hari itu, ada satu detik sekiranya umat Nabi Muhammad SAW menepati waktu tersebut, nescaya mereka semua akan mati". [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6780]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman