Berbekam pada kepala merupakan penyembuhan kepada tujuh jenis penyakit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحجامة في الرأس شفاء من سبع – إذا ما نوى صاحبها -: من الجنون، والجذام، والبرص، والنعاس ووجع الأضراس، والصداع، وظلمة يجدها في عينيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbekam pada kepala merupakan penyembuhan kepada tujuh jenis penyakit jika dia berniatkan untuk pelaku bekam itu: Antara penyakit yang dapat disembuhkan adalah gila, kusta, sopak, mengantuk, penyakit pada gigi geraham, kepeningan (pening), dan juga penglihatan mata yang kabur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis nombor 5948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الحجامة في الرأس شفاء من سبع – إذا ما نوى صاحبها -: من الجنون، والجذام، والبرص، والنعاس ووجع الأضراس، والصداع، وظلمة يجدها في عينيه)). [ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، طب، ((الضعيفة)) (3513)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Berbekam pada kepala merupakan penyembuhan kepada tujuh jenis penyakit jika dia berniatkan untuk pelaku bekam itu: Antara penyakit yang dapat disembuhkan adalah gila, kusta, sopak, mengantuk, penyakit pada gigi geraham, kepeningan (pening), dan juga penglihatan mata yang kabur.
[Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3513]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.