Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحجامة يوم الثلاثاء لسبع عشرة من الشهرِ دواء لداء السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan, merupakan penawar bagi penyakit setahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis nombor 5994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معقل بن يسار – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((الحجامة يوم الثلاثاء لسبع عشرة من الشهرِ دواء لداء السنة)). [ابن سعد، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، طب، هق، عد، ((الضعيفة))، (5575)]

(Palsu) Daripada Ma’qil bin Yasar RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan, merupakan penawar bagi penyakit setahun. [Riwayat Ibn Sa’ad, Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5575]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.