Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحِجَامةُ يومَ الثُّلاثاءِ لسَبعَ عشرَةَ مَضَتْ من الشَّهرِ دَواءُ السَّنَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan adalah penawar untuk setahun.
Sahabat Perawi
- Ma’qal bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1170, hadis no. 5918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معقل بن يسار - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحجامة يوم الثلاثاء لسبع عشرة مضت من الشهر دواء السنة)). [ابن سعد، عد، ((الضعيفة)) (1799)]
(Palsu) Daripada Ma’qal bin Yasar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan adalah penawar untuk setahun. [Riwayat Ibn Sa’ad, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1799].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman