Berbekam pada bahagian kepala merupakan pelindung

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحجامة في الرأس هي المغيثة، أمرني بها جبريل حين أكلت طعام اليهودية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbekam pada bahagian kepala merupakan pelindung, Jibril telah memerintahkan aku untuk melakukannya ketika aku telah termakan makanan orang Yahudi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis nombor 5950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أتس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحجامة في الرأس هي المغيثة، أمرني بها جبريل حين أكلت طعام اليهودية)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3517)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Berbekam pada bahagian kepala merupakan pelindung, Jibril telah memerintahkan aku untuk melakukannya ketika aku telah termakan makanan orang Yahudi. [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3517]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.