Berbekam pada bahagian kepala (menyembuhkan)

TEKS BAHASA ARAB

الحجامة في الرأس من: الجنون والجذام، والبرص والنعاس، والضرس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbekam pada bahagian kepala (menyembuhkan) daripada : Penyakit gila, kusta, sopak, mengantuk (kelesuan) dan juga sakit gigi geraham.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis nombor 5949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الحجامة في الرأس من: الجنون والجذام، والبرص والنعاس، والضرس)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (3516)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah bersabda: Berbekam pada bahagian kepala (menyembuhkan) daripada : Penyakit gila, kusta, sopak, mengantuk (kelesuan) dan juga sakit gigi geraham. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3516]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs