Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحِجَامةُ فِي الرَأسِ منَ: الجُنُونِ وَالجُذَامِ، وَالبَرَصِ والنُّعَاسِ، وَالضّرسِ.
Teks Bahasa Melayu
Berbekam pada bahagian kepala (menyembuhkan) daripada : Penyakit gila, kusta, sopak, mengantuk (kelesuan) dan juga sakit gigi geraham.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis no. 5949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((الحجامة في الرأس من: الجنون والجذام، والبرص والنعاس، والضرس)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (3516)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah bersabda: Berbekam pada bahagian kepala (menyembuhkan) daripada : Penyakit gila, kusta, sopak, mengantuk (kelesuan) dan juga sakit gigi geraham. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3516]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman