Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berbekam memberi faedah (baik) daripada setiap jenis penyakit, justeru ingatlah, lakukanlah bekam.

Teks Bahasa Arab

الحِجَامَةُ تنفَعُ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، أَلاَ فَاحْتَجِمُوا.

Teks Bahasa Melayu

Berbekam memberi faedah (baik) daripada setiap jenis penyakit, justeru ingatlah, lakukanlah bekam.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis no. 5947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحجامة تنفع من كل داء، ألا فاحتجموا.)). [أبو العثمان البحيري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (3512)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Berbekam memberi faedah (baik) daripada setiap jenis penyakit, justeru ingatlah, lakukanlah bekam. [Riwayat Abu Uthman al-Bahiri dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3512]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.