Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Berbarislah sebagaimana para malaikat berbaris di sisi Tuhan mereka

Teks Bahasa Arab

صُفُّوا كما تَصُفُّ الملائكةُ عند ربِّهِم، قالوا: يا رسولَ اللهِ! كيف تَصُفُّ الملائكةُ عند ربِّهِم؟ قال: يُقِيمونَ الصُّفوفَ، ويَجْمَعونَ مناكبَهم.

Teks Bahasa Melayu

Berbarislah sebagaimana para malaikat berbaris di sisi Tuhan mereka. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah para malaikat berbaris di sisi Tuhan mereka? Baginda menjawab: Mereka meluruskan saf dan menyamakan bahu-bahu mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 283, hadis no. 1476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((صفوا كما تصف الملائكة عند ربهم، قالوا: يا رسول الله! كيف تصف الملائكة عند ربهم؟ قال: يقيمون الصفوف، ويجمعون مناكبهم)). [طس، ((الضعيفة)) (3772)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbarislah sebagaimana para malaikat berbaris di sisi Tuhan mereka. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah para malaikat berbaris di sisi Tuhan mereka? Baginda menjawab: Mereka meluruskan saf dan menyamakan bahu-bahu mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3772]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.