TEKS BAHASA ARAB
باكروا في طلب الرزق والحوائج؛ فإن الغدو بركة ونجاح.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berawal pagilah mencari rezeki dan keperluan-keperluan, kerana waktu pagi itu merupakan keberkatan dan kejayaan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598, hadis nombor 3090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((باكروا في طلب الرزق والحوائج؛ فإن الغدو بركة ونجاح)). [المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، عد، أبو نعيم في ((الأمالي))، البغوي في ((جزء أبي طالب العشاري عنه))، طس، ((الضعيفة)) (1668)].
(Lemah) Daripada Aishah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Berawal pagilah mencari rezeki dan keperluan-keperluan, kerana waktu pagi itu merupakan keberkatan dan kejayaan.)) [Diriwayatkan oleh al-Mukhallis dalam al-Fawa’id al-Muntaqah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’, Abu Nu’aim dalam al-Amali, al-Bughawi dalam Juz Abi Talib al-‘Ushariy ‘anhu, dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1668].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.