Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
باكِروا في طلبِ الرِّزقِ والحوائجِ، فإنَّ الغُدُوَّ بركةٌ و نجاحٌ.
Teks Bahasa Melayu
Berawal pagilah mencari rezeki dan keperluan-keperluan, kerana waktu pagi itu merupakan keberkatan dan kejayaan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598, hadis no. 3090.
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((باكروا في طلب الرزق والحوائج؛ فإن الغدو بركة ونجاح)). [المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، عد، أبو نعيم في ((الأمالي))، البغوي في ((جزء أبي طالب العشاري عنه))، طس، ((الضعيفة)) (1668)].
(Lemah) Daripada Aishah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Berawal pagilah mencari rezeki dan keperluan-keperluan, kerana waktu pagi itu merupakan keberkatan dan kejayaan.)) [Diriwayatkan oleh al-Mukhallis dalam al-Fawa’id al-Muntaqah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’, Abu Nu’aim dalam al-Amali, al-Bughawi dalam Juz Abi Talib al-‘Ushariy ‘anhu, dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1668].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman