Berasa hina dengan kebenaran adalah lebih dekat kepada kemuliaan berbanding berasa mulia dengan kebatilan

TEKS BAHASA ARAB

التذلل للحق أقرب إلى العز من التعزز بالباطل، ومن تعزز بالباطل جزاه الله ذلاً بغير ظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berasa hina dengan kebenaran adalah lebih dekat kepada kemuliaan berbanding berasa mulia dengan kebatilan. Sesiapa yang berasa mulia dengan kebatilan, maka Allah SWT akan memberikannya kehinaan tanpa kezaliman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis nombor 225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة- رضي الله عنه – مرفوعا: ((التذلل للحق أقرب إلى العز من التعزز بالباطل، ومن تعزز بالباطل جزاه الله ذلاً بغير ظلم)). [فر، ((الضعيفة)) (3424)].

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Berasa hina dengan kebenaran adalah lebih dekat kepada kemuliaan berbanding berasa mulia dengan kebatilan. Sesiapa yang berasa mulia dengan kebatilan, maka Allah SWT akan memberikannya kehinaan tanpa kezaliman.))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3424].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.