Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التذللُ للحقِّ أقربُ إلى العزِّ منَ التعزُّزِ بالباطلِ، ومنْ تعزَّزَ بالباطلِ جزاهُ اللهُ ذُلاًّ بغيرِ ظُلمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Berasa hina dengan kebenaran adalah lebih dekat kepada kemuliaan berbanding berasa mulia dengan kebatilan. Sesiapa yang berasa mulia dengan kebatilan, maka Allah SWT akan memberikannya kehinaan tanpa kezaliman.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis no. 225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة- رضي الله عنه - مرفوعا: ((التذلل للحق أقرب إلى العز من التعزز بالباطل، ومن تعزز بالباطل جزاه الله ذلاً بغير ظلم)). [فر، ((الضعيفة)) (3424)].
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Berasa hina dengan kebenaran adalah lebih dekat kepada kemuliaan berbanding berasa mulia dengan kebatilan. Sesiapa yang berasa mulia dengan kebatilan, maka Allah SWT akan memberikannya kehinaan tanpa kezaliman.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3424].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman