TEKS BAHASA ARAB
كم من ذي طمرين لا يؤبه له، لو أقسم على الله لأبره، منهم عمار بن ياسر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berapa ramai yang miskin yang tidak dikenali sekiranya dia bersumpah kepada Allah nescaya akan dikabulkan. Antaranya Ammar bin Yasir.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1537, hadis nombor 7801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كم من ذي طمرين لا يؤبه له، لو أقسم على الله؛ لأبره، منهم عمار بن ياسر)).
[طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4397، 5917]
(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW berkata: “Berapa ramai yang miskin yang tidak dikenali sekiranya dia bersumpah kepada Allah nescaya akan dikabulkan. Antaranya Ammar bin Yasir.”
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4397, 5917].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.