Berapa ramai pemilik baju buruk yang tidak dikenali

TEKS BAHASA ARAB

كم من ذي طمرين لا يؤبه له، لو أقسم على الله لأبره، منهم عمار بن یاسر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berapa ramai pemilik baju buruk yang tidak dikenali, sekiranya dia bersumpah kepada Allah nescaya dia tunaikan.Antaranya ‘Ammār bin Yāsir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis nombor 9336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((كم من ذي طمرين لا يؤبه له، لو أقسم على الله لأبره، منهم عمار بن یاسر)). [طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (٤٣٩٧، ٥٩١٧)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ā`ishah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai pemilik baju buruk yang tidak dikenali, sekiranya dia bersumpah kepada Allah nescaya dia tunaikan.Antaranya ‘Ammār bin Yāsir. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Asākir dalam kitab Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4397, 5917]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs