Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كم من ذي طِمرَينِ لا يُؤبهُ له، لو أقسم على اللهِ لأبرَّهُ، منهم عمارُ بنُ ياسرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Berapa ramai pemilik baju buruk yang tidak dikenali, sekiranya dia bersumpah kepada Allah nescaya dia tunaikan.Antaranya ‘Ammār bin Yāsir.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis no. 9336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((كم من ذي طمرين لا يؤبه له، لو أقسم على الله لأبره، منهم عمار بن یاسر)). [طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (٤٣٩٧، ٥٩١٧)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Ā`ishah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai pemilik baju buruk yang tidak dikenali, sekiranya dia bersumpah kepada Allah nescaya dia tunaikan.Antaranya ‘Ammār bin Yāsir. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Asākir dalam kitab Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4397, 5917]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman