Berapa ramai orang yang hanya mempunyai dua helai pakaian

TEKS BAHASA ARAB

كم من ذي طمرين لا يؤبه له، لو أقسم على الله؛ لأبره، منهم عمار بن ياسر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berapa ramai orang yang hanya mempunyai dua helai pakaian compang-camping serta tidak dipedulikan, tetapi apabila dia bersumpah atas nama Allah, Dia akan tunaikannya. Antara mereka ialah ‘Ammar bin Yasir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis nombor 10303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كم من ذي طِمْرَينِ لا يُؤبَه لهُ، لَو أقسمَ علَى اللهِ؛ لأبَّرَه، منهم عمارُ بنُ ياسرٍ.
[طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5917، 4397)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai orang yang hanya mempunyai dua helai pakaian compang-camping serta tidak dipedulikan, tetapi apabila dia bersumpah atas nama Allah, Dia akan tunaikannya. Antara mereka ialah ‘Ammar bin Yasir.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4397, 5917]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs