Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كمْ منْ عاقلٍ عقلَ عن اللهِ – تعالى – أمرَهُ وهو حقيرٌ عند الناسِ، ذميمُ المنظرِ ينجُو غدًا، وكم من ظريفِ اللسانِ جميلُ المنظرِ عند الناسِ يهلكُ غدًا يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Berapa ramai orang yang berilmu memikirkan tentang Allah yakni perintah Allah sedangkan dia dipandang hina oleh manusia. Penampilan hina akan selamat esok hari. Berapa ramai manusia yang sangat manis lidahnya dan mempunyai rupa yang cantik akan binasa pada hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis no. 10181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أن النبي ﷺ قال: كم من عاقل عقل عن الله – تعالى – أمره وهو حقير عند الناس، ذميم المنظر ينجو غدا، وكم من ظريف اللسان جميل المنظر عند الناس يهلك غدا يوم القيامة. [حل، ((الضعيفة)) (4118)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Berapa ramai orang yang berilmu memikirkan tentang Allah yakni perintah Allah sedangkan dia dipandang hina oleh manusia. Penampilan hina akan selamat esok hari. Berapa ramai manusia yang sangat manis lidahnya dan mempunyai rupa yang cantik akan binasa pada hari kiamat kelak. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4118]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman