Berapa ramai orang berakal yang memahami perintah daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

كم من عاقل عقل عن الله أمره وهو حقير عند الناس دميم المنظر ينجو غداً وكم من ظريف اللسان جميل المنظر عظيم الشان هالك غدا فى القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berapa ramai orang berakal yang memahami perintah daripada Allah sedangkan di sisi manusia lain ia kecil, hina pada pandangan, esoknya (pada hari kiamat) dia terselamat. Dan berapa ramai orang yang bijak berkata-kata, indah pada pandangan, hebat keadaannya namun esoknya pada hari kiamat dia binasa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 64, hadis nombor 357. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Dawd bin al-Muhabbar, beliau pemalsu hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.