Berapa ramai orang berakal yang memahami perintah Allah sedangkan dia hina di sisi manusia

TEKS BAHASA ARAB

كم من عاقل عقل عن الله تعالى أمره وهو حقير عند الناس، ذميم المنظر ينجو غدا، وكم من ظريف اللسان جميل المنظر عند الناس يهلك غدا يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berapa ramai orang berakal yang memahami perintah Allah sedangkan dia hina di sisi manusia, hina pada pandangan manusia sedangkan dia terselamat pada esok hari. Berapa ramai orang yang bijak lisannya, indah pada pandangan di sisi manusia, sedangkan dia akan binasa esok pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1274, hadis nombor 6524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: كم من عاقل عقل عن الله تعالى أمره وهو حقير عند الناس، ذميم المنظر ينجو غداً، وكم من ظريف اللسان جميل المنظر عند الناس يهلك غداً يوم القيامة.
[حل، ((الضعيفة)) (4118)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: Berapa ramai orang berakal yang memahami perintah Allah sedangkan dia hina di sisi manusia, hina pada pandangan manusia sedangkan dia terselamat pada esok hari. Berapa ramai orang yang bijak lisannya, indah pada pandangan di sisi manusia, sedangkan dia akan binasa esok pada hari kiamat.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4118]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.