Siapakah yang kalian hitung sebagai syahid?

TEKS BAHASA ARAB

من تعدون الشهيد فيكم؟ قالوا: من أصابه السلاح، قال: كم ممن أصابه السلاح و ليس بشهيد ولا حميد، وكم ممن مات على فراشه حتف أنفه عند الله صديق شهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapakah yang kalian hitung sebagai syahid? Mereka berkata: Mereka yang terkena senjata dan mati dalam peperangan itulah yang mati syahid, Rasulullah SAW berkata: Berapa ramai di antara kalian yang terkena senjata tetapi mereka bukanlah mati syahid dan bukan juga seorang yang mulia, dan begitu juga berapa ramai orang yang mati di atas tilamnya terputus nyawanya di sisi Allah orang yang benar dan mati syahid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2028, hadis nombor 10200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي ذر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: من تعدون الشهيد فيكم؟ قالوا: من أصابه السلاح، قال: كم ممن أصابه السلاح و ليس بشهيد ولا حميد، وكم ممن مات على فراشه حتف أنفه عند الله صديق شهيد.
[حل، ((الضعيفة)) (4122)]

(Lemah)
Daripada Abu Dzar RA, berkata: Rasulullah SAW berkata: Siapakah yang kalian hitung sebagai syahid? Mereka berkata: Mereka yang terkena senjata dan mati dalam peperangan itulah yang mati syahid, Rasulullah SAW berkata: Berapa ramai di antara kalian yang terkena senjata tetapi mereka bukanlah mati syahid dan bukan juga seorang yang mulia, dan begitu juga berapa ramai orang yang mati di atas tilamnya terputus nyawanya di sisi Allah orang yang benar dan mati syahid.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4122]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs