TEKS BAHASA ARAB
من تعدون الشهيد فيكم ؟ قالوا : من أصابه السلاح، قال : كم ممن أصابه السلاح وليس بشهيد ولا حميد، وكم ممن مات على فراشه حتف أنفه عند الله صديق شهيد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berapa ramai daripada mereka yang mati terkena senjata dan dia bukan mati syahid dan tidak terpuji. Dan berapa ramai daripada mereka yang mati atas katilnya kematian biasa, di sisi Allah dia adalah seorang yang benar dan mati syahid.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1855, hadis nombor 9369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((منْ تعدُّونَ الشهيدَ فيكُم ؟ قالوا : منْ أصابهُ السلاحُ، قال : كمْ ممنْ أصابهُ السلاحُ وليسَ بشهيد ولا حميدٍ، وكمْ ممنْ مات على فراشهِ حتْفَ أنفهِ عندَ اللهِ صدِّيقٌ شهيدٌ)).
[حل، ((الضعيفة))، (4122)].
(Lemah) Daripada Abu Zar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Siapakah yang kalian kira termasuk orang yang mati syahid dalam kalangan kalian? Mereka berkata: Siapa yang mati terkena senjata. Baginda berkata: Berapa ramai daripada mereka yang mati terkena senjata dan dia bukan mati syahid dan tidak terpuji. Dan berapa ramai daripada mereka yang mati atas katilnya kematian biasa, di sisi Allah dia adalah seorang yang benar dan mati syahid.
[Riwayat Abu Nu‘aim dalam kitab al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4122].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.