Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berapa ramai daripada mereka yang mati terkena senjata dan dia bukan mati syahid dan tidak terpuji

Teks Bahasa Arab

منْ تعدُّونَ الشهيدَ فيكُم ؟ قالوا : منْ أصابهُ السلاحُ، قال : كمْ ممنْ أصابهُ السلاحُ وليسَ بشهيد ولا حميدٍ، وكمْ ممنْ مات على فراشهِ حتْفَ أنفهِ عندَ اللهِ صدِّيقٌ شهيدٌ.

Teks Bahasa Melayu

Berapa ramai daripada mereka yang mati terkena senjata dan dia bukan mati syahid dan tidak terpuji. Dan berapa ramai daripada mereka yang mati atas katilnya kematian biasa, di sisi Allah dia adalah seorang yang benar dan mati syahid.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1855, hadis no. 9369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((منْ تعدُّونَ الشهيدَ فيكُم ؟ قالوا : منْ أصابهُ السلاحُ، قال : كمْ ممنْ أصابهُ السلاحُ وليسَ بشهيد ولا حميدٍ، وكمْ ممنْ مات على فراشهِ حتْفَ أنفهِ عندَ اللهِ صدِّيقٌ شهيدٌ)). [حل، ((الضعيفة))، (4122)].

(Lemah) Daripada Abu Zar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Siapakah yang kalian kira termasuk orang yang mati syahid dalam kalangan kalian? Mereka berkata: Siapa yang mati terkena senjata. Baginda berkata: Berapa ramai daripada mereka yang mati terkena senjata dan dia bukan mati syahid dan tidak terpuji. Dan berapa ramai daripada mereka yang mati atas katilnya kematian biasa, di sisi Allah dia adalah seorang yang benar dan mati syahid. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam kitab al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4122].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.