Batil

30/06/2024

minit bacaan



Berapa ramai dalam kalangan bidadari

Teks Bahasa Arab

كَمْ مِنْ حَوْرَاءَ عَيْنَاءَ مَا كَانَ مَهْرُهَا إِلا قَبْضَةً مِنْ حِنْطَةٍ أَوْ مِثْلَهَا مِنْ تَمْرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Berapa ramai dalam kalangan bidadari yang maharnya hanyalah segenggam gandum atau segenggam tamar.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 64, hadis no. 358. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Aban bin al-Muhabbar, beliau seorang matruk (ditinggalkan hadithnya). Ibn al-Jawzi pernah mengatakan, kemudian diikuti oleh al-Zahabi: Sesungguhnya hadith tersebut batil. Saya telah menemui satu sanad lain bagi hadith tersebut melalui hadith Abu Hurairah, ia telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa', ia juga saqit (gugur kelayakan berhujah).

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.