Berapa orang yang berakal memikirkan tentang Allah Ta‘ala dalam urusannya

TEKS BAHASA ARAB

كم من عاقل عقل عن الله تعالى أمره وهو حقير عند الناس، ذميم المنظر ينجو غدا، وكم من ظريف اللسان جميل المنظر عند الناس يهلك غدا يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berapa orang yang berakal memikirkan tentang Allah Ta‘ala dalam urusannya, dia kelihatan hina di sisi manusia, hina rupanya, namun akan terselamat di kemudian hari (di akhirat kelak). Berapa ramai juga yang mempunyai kelembutan lidah (pandai berkata-kata) serta memiliki rupa paras yang indah di sisi manusia, namun akan binasa pada hari kiamat kelak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis nombor 9337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-: أن النبي ﷺ قال: ((كم من عاقل عقل عن الله -تعالى- أمره وهو حقير عند الناس، ذميم المنظر ينجو غدا، وكم من ظريف اللسان جميل المنظر عند الناس يهلك غدا يوم القيامة)). [حل، هب، ((الضعيفة)) (٤١١٨)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: Berapa orang yang berakal memikirkan tentang Allah Ta‘ala dalam urusannya, dia kelihatan hina di sisi manusia, hina rupanya, namun akan terselamat di kemudian hari (di akhirat kelak). Berapa ramai juga yang mempunyai kelembutan lidah (pandai berkata-kata) serta memiliki rupa paras yang indah di sisi manusia, namun akan binasa pada hari kiamat kelak. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam kitab al-Ḥilyah, al-Bayhaqī dalam kitab Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4118]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs