TEKS BAHASA ARAB
اعملوا، فكل ميسر لما خلق له من القول.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Beramallah, kerana setiap orang itu dipermudahkan untuk (melakukan) apa yang diciptakan baginya daripada ucapan.
STATUS
Shadz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 563, hadis nombor 2922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن عمران بن حصين، قال: قال رجل: يا رسول الله أعُلِم أهل الجنة من أهل النار؟ قال: نعم، قال: ففيمَ العمل؟ قال: «اعْمَلُوا، فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ من القول». [طب، ((الضعيفة)) (7027)].
(Shadz) Daripada ‘Imrān bin Ḥuṣayn, beliau berkata: Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, adakah diketahui (siapa) ahli syurga dan ahli neraka?” Baginda bersabda: “Ya.” Dia bertanya: “Lalu untuk apa beramal?” Baginda membalas: “Beramallah, kerana setiap orang itu dipermudahkan untuk (melakukan) apa yang diciptakan baginya daripada ucapan”.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7027].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.