Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اعْمَلِي ولا تَتَّكِلِي على شفاعتي، فإنَّ شفاعتي لِلَّاهِينَ من أُمَّتِي.
Teks Bahasa Melayu
Beramallah dan janganlah kamu bergantung kepada syafaatku. Kerana sesungguhnya syafaatku adalah untuk orang-orang yang alpa daripada kalangan umatku.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 463-464, hadis no. 2489.
(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Beramallah dan janganlah kamu bergantung kepada syafaatku. Kerana sesungguhnya syafaatku adalah untuk orang-orang yang alpa daripada kalangan umatku”. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Muntakhab min Ḥadīth Yūnus dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2828].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman