Beramal dengan menggunakan qiyas, maka dia telah binasa dan membinasakan

TEKS BAHASA ARAB

من عمل بالمقاييس فقد هلك وأهلك، ومن أفتى الناس بغير علم، وهو لا يعلم الناسخ والمنسوخ، والمحكم من المتشابه، فقد هلك وأهلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang beramal dengan menggunakan qiyas, maka dia telah binasa dan membinasakan. Sesiapa yang berfatwa kepada orang lain tanpa ilmu, dalam keadaan dia tidak mengetahui nasikh dan mansukh, muhkam dan mutashabih, maka dia telah binasa dan membinasakan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240, hadis nombor 6327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن ابن شبرمة، قال: ما ذكرت حديثا سمعته من جعفر بن محمد عليه السلام إلا كاد أن يتصدع قلبي، قال: حدثني أبي عن جدي عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ابن شبرمة: وأقسم بالله ما كذب أبوه على جده، ولا جده على رسول الله، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من عمل بالمقاييس فقد هلك وأهلك، ومن أفتى الناس بغير علم، وهو لا يعلم الناسخ والمنسوخ، والمحكم من المتشابه، فقد هلك وأهلك.
[الكليني الشيعي في ((أصول الكافي))، ((الضعيفة)) (1081)]

(Batil)
Daripada Ibn Shubrumah, katanya: Aku tidak menyebutkan satu hadith pun yang aku dengar daripada Ja’far bin Muhammad AS melainkan hatiku hampir-hampir terbelah. Beliau (Ja’far) berkata: Ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datukku daripada Rasulullah SAW, Ibn Shubrumah berkata: Aku bersumpah dengan nama Allah, ayahnya tidak berdusta atas nama datuknya dan datuknya pula tidak berdusta atas nama Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beramal dengan menggunakan qiyas, maka dia telah binasa dan membinasakan. Sesiapa yang berfatwa kepada orang lain tanpa ilmu, dalam keadaan dia tidak mengetahui nasikh dan mansukh, muhkam dan mutashabih, maka dia telah binasa dan membinasakan.
[Riwayat al-Kulainiy al-Shi'ei dalam Usul al-Kafi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1081]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.