Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ عَمِل بالمقاييسِ فقد هَلَك وأَهلك، ومَنْ أَفْتَى الناسَ بغيرِ علمٍ، وهو لا يَعلمُ الناسخَ والمنسوخَ، والمُحكَمَ مِنَ المتشابِهِ، فقد هَلَك وأَهلك.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang beramal dengan menggunakan qiyas, maka dia telah binasa dan membinasakan. Sesiapa yang berfatwa kepada orang lain tanpa ilmu, dalam keadaan dia tidak mengetahui nasikh dan mansukh, muhkam dan mutashabih, maka dia telah binasa dan membinasakan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240, hadis no. 6327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Ibn Shubrumah, katanya: Aku tidak menyebutkan satu hadith pun yang aku dengar daripada Ja'far bin Muhammad AS melainkan hatiku hampir-hampir terbelah. Beliau (Ja'far) berkata: Ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datukku daripada Rasulullah SAW, Ibn Shubrumah berkata: Aku bersumpah dengan nama Allah, ayahnya tidak berdusta atas nama datuknya dan datuknya pula tidak berdusta atas nama Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beramal dengan menggunakan qiyas, maka dia telah binasa dan membinasakan. Sesiapa yang berfatwa kepada orang lain tanpa ilmu, dalam keadaan dia tidak mengetahui nasikh dan mansukh, muhkam dan mutashabih, maka dia telah binasa dan membinasakan. [Riwayat al-Kulainiy al-Shi'ei dalam Usul al-Kafi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1081]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman