Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berada sejengkal di syurga adalah lebih baik berbanding di bumi

Teks Bahasa Arab

لَشِبْرٌ في الجنة خَيْرٌ من الأرض وما عليها: الدنيا وما فيها.

Teks Bahasa Melayu

Berada sejengkal (inci) di syurga adalah lebih baik berbanding bumi dan apa yang ada di atasnya: Dunia dan segala isinya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1338, hadis no. 6839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لشبر في الجنة خير من الأرض وما عليها: الدنيا وما فيها. [هــ، ((الضعيفة)) (4308)]

(Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda: Berada sejengkal (inci) di syurga adalah lebih baik berbanding bumi dan apa yang ada di atasnya: Dunia dan segala isinya. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4308]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.