TEKS BAHASA ARAB
حصنوا أموالكم بالزكاة، [وداووا مرضاكم بالصدقة]، وأعدوا للبلاء الدعاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bentengilah hartamu dengan zakat, [ubatilah orang-orang sakit dalam kalangan kamu dengan sedekah], dan bersedialah dengan doa untuk menghadapi ujian.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis nombor 7413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((حصنوا أموالكم بالزكاة، [وداووا مرضاكم بالصدقة]، وأعدوا للبلاء الدعاء)). [طب، النرسي في ((فوائد الكوفيين))، حل، خط، القضاعي، طس، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (3492)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bentengilah hartamu dengan zakat, [ubatilah orang-orang sakit dalam kalangan kamu dengan sedekah], dan bersedialah dengan doa untuk menghadapi ujian.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Nursi dalam Fawaid al-Kufiyyin, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Qudha'ei, at-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath, Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3492]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.