Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغُرَباءُ في الدنيا أربعةٌ: قرآنٌ في جَوْفِ ظالمٍ، ومَسْجِدٌ في نادِي قومٍ لا يُصَلَّى فيه، ومُصْحَفٌ في بيتٍ لا يُقْرَأُ فيه، ورجلٌ صالحٌ مع قَوْمِ سُوءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Benda yang asing di dunia ada 4 perkara: Iaitu Qur'an yang berada dalam dada orang zalim, masjid di suatu kawasan satu kumpulan tapi tidak didirikan solat di dalamnya, mushaf yang berada dalam rumah tapi tidak dibaca dan seorang lelaki soleh yang berada bersama kaum yang jahat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis no. 7504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الغرباء في الدنيا أربعة: قرآن في جوف ظالم، ومسجد في نادي قوم لا يصلى فيه، ومصحف في بيت لا يقرأ فيه، ورجل صالح مع قوم سوء)). [فر، ((الضعيفة)) (3965)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Benda yang asing di dunia ada 4 perkara: Iaitu Qur'an yang berada dalam dada orang zalim, masjid di suatu kawasan satu kumpulan tapi tidak didirikan solat di dalamnya, mushaf yang berada dalam rumah tapi tidak dibaca dan seorang lelaki soleh yang berada bersama kaum yang jahat. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3965]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman