Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بُغْضُ بَنِي هَاشِمٍ وَالأَنْصَارِِ كُفْرٌ، وَبُغْضُ العَرَبِ نِفَاقٌ.
Teks Bahasa Melayu
Benci kepada Bani Hashim dan Ansar itu kekufuran, benci kepada kaum Arab itu kemunafikan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis no. 9226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((بغض بني هاشم والأنصار كفر، وبغض العرب نفاق)). [طب، ((الضعيفة)) (3372)].
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Benci kepada Bani Hashim dan Ansar itu kekufuran, dan benci kepada kaum Arab itu kemunafikan. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3372]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman