Benarlah Rasulullah

TEKS BAHASA ARAB

صدق رسول الله – صلى الله عليه وسلم -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Benarlah Rasulullah.

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 50, hadis nombor 197. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يقوله كثير من العوام عند التثويب – أيضا – وهو صحيح لأنه – صلى الله عليه وسلم – أمر أبا محذورة بالتثويب. قال السخاوي: ولذا كان استحباب قوله وجها. ولكن الراجح، قول صدقت، وبررت. قال الجد: ولا أصل لذلك في الأثر أيضا. وكذلك قول كثير من العوام للمؤذن مطلقا: صدقت، صدقت يا ذاكر، يا رسول الله. في كل وقت. لا أصل له.

Juga diucapkan oleh ramai orang awam ketika tathwib dan ia sahih kerana Baginda SAW pernah memerintahkan Abu Mahzurah supaya melakukan tathwib.
Al-Sakhawi berkata: “Oleh kerana itu, galakkan mengucapkannya boleh menjadi satu pandangan. Namun yang rajih adalah ucapan sadaqta wa bararta.
Al-Jadd berkata: “Perkara tersebut juga tidak ada asal dalam athar. Demikian juga ucapan ramai dalam kalangan orang awam kepada tukang azan secara mutlak: Anda benar! Anda benar wahai pemberi peringatan! Wahai Rasulullah! Pada setiap waktu, tidak ada asalnya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs