Benar, barang siapa dalam kalangan kalian yang menepati hari Selasa hari ke-17 pada bulan tersebut

TEKS BAHASA ARAB

نعم؛ من وافق منكم يوم الثلاثاء لسبع عشرة مضت من الشهر؛ فلا يجاوزها حتى يحتجم، فاحتجموا فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Benar, barang siapa dalam kalangan kalian yang menepati hari Selasa hari ke-17 pada bulan tersebut, maka janganlah dia melepasinya sehingga dia berbekam, berbekamlah padanya (hari tersebut).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: دخلت على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وهو يحتجم يوم الثلاثاء، فقلت: هذا اليوم تحتجم؟! قال: ((نعم؛ من وافق منكم يوم الثلاثاء لسبع عشرة مضت من الشهر؛ فلا يجاوزها حتى يحتجم، فاحتجموا فيه)). [طب، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (5576)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Aku telah masuk bertemu Rasulullah SAW dan Baginda sedang berbekam hari Selasa, lalu aku bertanya: “Hari ini engkau berbekam?”. Baginda pun menjawab: Benar, barang siapa dalam kalangan kalian yang menepati hari Selasa hari ke-17 pada bulan tersebut, maka janganlah dia melepasinya sehingga dia berbekam, berbekamlah padanya (hari tersebut). [ٌRiwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5576]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs