Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَعَم؛ مَنْ وَافَقَ مِنكُم يَومَ الثلاثاءِ لسبعِ عشرةَ مضَتْ منَ الشَهرِ؛ فَلَا يُجَاوِزْهَا حَتَى يَحْتَجِمَ، فَاحْتَجِمُوا فِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Benar, barang siapa dalam kalangan kalian yang menepati hari Selasa hari ke-17 pada bulan tersebut, maka janganlah dia melepasinya sehingga dia berbekam, berbekamlah padanya (hari tersebut).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis no. 6004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Aku telah masuk bertemu Rasulullah SAW dan Baginda sedang berbekam hari Selasa, lalu aku bertanya: “Hari ini engkau berbekam?”. Baginda pun menjawab: Benar, barang siapa dalam kalangan kalian yang menepati hari Selasa hari ke-17 pada bulan tersebut, maka janganlah dia melepasinya sehingga dia berbekam, berbekamlah padanya (hari tersebut). [ٌRiwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5576]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman